A: Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira E: Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi Tutur dan kata yang sopan saling memaafi Suasana hari raya walau di mana pun jua Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa ( korus 1 ) A: Kuih dan muih beranika macam Makanlah jangan hanya di pandang E: Ketupat rendang sila nikmati kawan Penat memasak malam ke pagi ( korus 2 ) A: Wajik dan dodol jangan lupakan Peninggalan nenek zaman berzaman E: Asyik bersembang pakcik dan makcik Hai duit raya lupa nak di beri A & E: Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira ( ulang korus 1 & 2 )